Thursday, July 28, 2011

Selalu cinta bab 3



Lidya meneguk milo suam yang baru dibancuhnya sebentar tadi. Mug yang sedang dipegangnya diletakkan ke atas meja lalu dia menarik kerusinya untuk duduk. Komputer yang dari tadi dibiarkan ‘hidup’ segera dibetulkan kedudukannya.
“ Macam mana cuti kau? Best?” soal Nurul setelah dia menoleh ke belakang, melihat wajah Lidya.
Lidya tersenyum kambing. Mula- mula best, tapi pasal kemarin tu semua dah hancur!
“ Bolehlah,” jawab Lidya sepatah.
Nurul menjuihkan bibirnya, tanda tidak puas hati dengan jawapan Lidya.
“ Bolehlah tu macam mana? Hai, untunglah kau dapat cuti. Aku ni bilalah nak dapat,” ujar Nurul sambil menayangkan muka seposen.
Lidya tersenyum.
“ Minta ajelah cuti.”
“ Gila kau! Aku ni dah banyak kali minta cuti tau. Tak pasal- pasal aku kena buang kerja pulak,” ujar Nurul sambil menjengilkan biji matanya kepada Lidya.
Lidya sekadar tersengih sebelum dia menyemak buku latihan murid- muridnya. Entah apa- apa ajelah Nurul ni, bisik hatinya.
“ Oh ya, ni hasil murid- murid kau kemarin. Aku yang kena ganti kau,” ujar Nurul sambil menghulurkan beberapa helai kertas kepada Lidya.
“ Kau ke yang ganti? Thanks ek?” ujar Lidya sambil tersenyum. Dia mencapai kertas- kertas yang diberi oleh Nurul tadi. Satu persatu kertas itu diselaknya.
“ Okay tak?” soal Nurul.
Lidya mengangguk.
“ Okay ajelah.”
Nurul tersengih sebelum dia meneruskan kerjanya.
Lidya sekadar tersenyum seraya menghela nafasnya sebentar. Hampir dua tahun dia menjadi guru di sekolah itu dan dia selesa dengan suasana di sana. Guru- guru yang lain juga peramah, membuatkan dia tidak kekok dan cepat menyesuaikan diri.
“ Cikgu!”
Lidya tersentak. Pantas dia menoleh.
“ Zati, terkejut cikgu!” ujar Lidya sambil mengurut dadanya.
Izzati sekadar tersengih sambil meletakkan buku- buku yang sedang dipegangnya ke atas meja Lidya.
“ Sorry cikgu. Zati tak sengaja.”
Lidya tersenyum sambil mengusap rambut anak gadis yang baru sahaja berusia tujuh tahun itu.
“ Lain kali bagi salam dulu tau?”
Izzati mengangguk laju.
“ Kenapa cikgu tak masuk kelas hari tu?” soal Izzati lembut.
“ Cikgu cutilah sayang,” jawab Lidya sambil dia tersenyum. Jari- jemarinya tidak beralih dari mengelus lembut rambut lurus milik anak kecil itu.
Bibir Izzati membulat sebelum dia mengukir senyuman.
“ Mesti best kan cikgu? Dulu kan, papa Zati pun bawak kitorang pergi bercuti.”
“ Ya ke? Kat mana?” soal Lidya.
“ Kat London.”
Lidya terdiam sebentar. Eh boleh tahan dia ni. Kecik- kecik lagi dah pergi London. Aku? Hmm, sampai ke tua pun belum tentu lagi dengan gajinya sekarang. Lagipun, masih ada banyak lagi dia harus buat dengan wangnya. Bercuti ke luar Negara? Harus diketepikan dahulu!
“ Oooo..” ujar Lidya sepatah.
“ Cikgu dah pernah pergi ke?”
Lidya tergamam, sebenarnya lebih kepada segan. Dia menggelengkan kepalanya.
“ Kenapa pulak? London bestlah cikgu!”
“ Err.. cikgu tak cukup duit nak pergi,” ujar Lidya sebelum dia tergelak kecil.
“ Oh ya ke? Tak apa, nanti Zati mintalah papa bawak cikgu pergi, okay?” Izzati tersenyum lebar.
Lidya menggaru pipinya. Alahai, budak kecil, apalah yang diorang tahu sangat? Mahu ke papanya bawak dia yang asing ni? Silap- silap dibuatnya jadi kuli pulak. Lidya beristighfar sebentar. Apa yang aku merepek ni? Tak baik cakap macam itu!
“ Tak apalah Zati. Lagipun tempat kita ni pun cikgu tak habis jelajah lagi, buat apa nak pergi tempat orang pulak kan?”
Izzati termangu sebentar mendengarkan jawapan daripada Lidya.
“ Dah, pergi masuk kelas. Nanti cikgu lain marah pulak kalau lambat masuk.”
Izzati melopong. Cepat- cepat dia meluru masuk ke kelasnya. Takut akan dimarahi seperti apa yang Lidya katakan tadi.
Lidya tergelak kecil melihatkan telatah anak kecil itu. Ada- ada ajelah budak ni, dia menggelengkan kepalanya. Baru hendak menyambung kerjanya tadi, dia teringatkan sesuatu. Ya, melihatkan paras wajah gadis kecil tadi mengingatkan dia akan seseorang, tetapi siapa ya?
Pen yang digenggam diletakkan ke atas meja. Terasa tidak puas hati pulak dia kerana tidak dapat mengingati gerangannya.
“ Isy, siapa ya?” Lidya berkata sendirian. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan-lahan. Pening pula kepalanya memikirkan hal itu.
“ Apa dia?” soal Nurul sambil menoleh ke belakang.
“ Apa?” soalan Nurul dibalas dengan soalan pula.
“ Tadi aku macam dengar kau bercakap,” ujar Nurul ragu- ragu. Jari telunjuknya diletakkan ke dagu, seperti berfikir lagaknya. Tiba- tiba Nurul menarik kerusinya, mendekati meja Lidya.
Lidya mengangkat kening.
“ Ekk? Mana ada. Perasaan kau je kot,” ujar Lidya sambil tergelak- gelak. Cover line punya pasal!
“ Alaa.. cerita aje kat aku. Tak payahlah nak malu- malu.”
“ Isy, kau ni. Aku cakap tak ada tu tak adalah.”
“ Habis aku dengar suara kau tadi?” soal Nurul tidak mahu mengalah.
Lidya mengeluh. Ada jugak yang nak kena penampar ni, getus Lidya. Haii, sabar dulu!
“ Tak adalah. Aku tadi tengah mengeluh je dengan jawapan budak- budak ni,” bohong Lidya sambil menunjukkan kertas murid yang sedang disemaknya sebentar tadi.
“ Laa… macam tu ke? Aku ingat tadi ada benda hot. Kalau ya, naklah jugak aku tahu kan,” ujar Nurul sebelum dia tergelak.
Lidya sekadar menggeleng. Nurul ni, tak habis- habis dengan gossip dia. Buat orang geram je kadang- kadang.


****** 
“ UNCLE!!” leher Rifqi dipeluk erat, menyebabkan Rifqi yang sedang leka memandang skrin laptopnya tersedak- sedak. Tercekik barangkali.
“ Ups, sorry uncle. Tak sengaja,” ujar bibir mungil itu sebelum dia tersengih. Kedua belah tangannya diangkat seperti menyerah kalah.
“ Zati ni selalu sangat buat macam tu tau.”
Izzati tergelak sambil dia mendekati pakciknya, Rifqi yang sedang sibuk dengan laptopnya. Apa yang dibuat oleh pakciknya itu, dia sendiripun tidak tahu.
“ Apa yang uncle buat tu? Zati balik ni pun tak kena layan,” ujar Izzati dalam nada merajuk. Dia berpeluk tubuh.
Rifqi menoleh, tersenyum dia apabila melihat bibir muncung di wajah anak buahnya.
“ Ya, kenapa ni?”
“ Bosanlah. Zati dah lama sangat tak hang out dengan uncle, asyik busy dengan makwe aje,” ujar Izzati.
Dahi Rifqi sudah berkerut mendengarkan perkataan ‘ makwe’ dari bibir Izzati. Bila masa pulak aku ada makwe ni?
“ Zati jangan nak merepeklah.”
“ Betullah. Uncle tu, Zati tengok asyik nak berkepit dengan aunty Ally je. Tapi dengan Zati pulak, busy.”
Rifqi tergelak sambil menggelengkan kepalanya.
“ Isy, dia tu bukan makwe uncle okay?”
“ Habis tu kenapa uncle selalu hangout dengan dia?” soal Zati lurus.
Rifqi terdiam sebentar, tidak tahu hendak membalas apa. Takkanlah dia ingin bercerita tentang Aleeya kepada budak sekecil Izzati. Budak- budak apalah yang diorang tahu kan. Rifqi menghela nafasnya sambil memicit dahi.
“ Mestilah kena hangout. Aunty Ally tu kan tak lama lagi akan kahwin dengan uncle Rifqi,” entah dari mana, muncul pulak Datin Afrah menyampuk perbualan mereka.
Rifqi melopong mendengar jawapan mamanya.
“ Ma!”
“ Apa? Alaa… Zati tak nak. Zati tak nak,” ujar Izzati sambil menghentakkan kaki ke atas lantai.
“ Eh, kenapa pulak? Aunty Ally tu baik orangnya tau,” ujar Datin Afrah bersungguh- sungguh.
Rifqi tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya. Dia menutup laptopnya. Kertas- kertas yang berselerakan di atas meja itu dikemas elok lalu disimpan ke dalam briefcase miliknya. Bosan pula dia jika mamanya sudah memulakan topik ini, macam tiada benda lain yang ingin dicakapkan. Dan dia seperti biasa, akan cuba melarikan diri daripada terlibat ke dalam hal ini.
“ Isy, Zati tak sukalah nek. Aunty Ally tu ngada- ngada,” ujar Izzati sambil berkerut- kerut.
Datin Afrah mula tidak keruan apabila Izzati beria- ia mengatakan dia tidak menyukai Aleeya. Padanya, Aleeya itu cukup layak untuk menjadi salah seorang daripada ahli keluarganya. Bahkan mungkin terlebih layak. Manakan tidak, sudahlah cantik, berpendidikan luar negara dan Aleeya juga merupakan anak kepada rakannya. Malah hubungan mereka juga cukup baik sehinggakan dia menjadi berat hati untuk melepaskan Aleeya kepada orang lain.
“ Eh, Zati janganlah kacau,” ujar Rizal sambil mencempung tubuh Izzati yang masih ringan itu.
“ Papa!” jerit Izzati ceria sambil memeluk leher papanya yang sudah tergelak.
“ Eii.. rindu sayang papa ni!” ujar Rizal sambil memeluk erat anak gadisnya yang satu- satunya ada daripada arwah isterinya.
“ Ceh, baru berapa jam berpisah,” ujar Rifqi lalu menjuihkan bibirnya.
“ Alaa… uncle apa tahu, kan pa?” soal Izzati.
Rizal sekadar mengangguk sambil tersenyum. Seronok dapat mengenakan adik bongsunya itu.
Rifqi  menjegil biji matanya kepada Izzati yang sudah terkekek ketawa. Ah, sememangnya Rizal penuh dengan kasih sayang, mungkin disebabkan itulah Izzati tidak pernah mengadu atau merengek kerana tidak merasa kasih sayang daripada insan yang bergelar ibu. Bahkan, seluruh ahli keluarganya juga sayang akan Izzati termasuk dirinya.

2 comments: