Monday, July 11, 2011

Selalu Cinta Bab 2






“ Argh, geram! Geram!” Lidya menghempaskan begnya ke sofa. Terasa ingin membaling semua barang yang ada di tangannya tetapi dia masih lagi waras. Bukan mudah dia mendapatkan semua barangan yang telah dibelinya itu.
Safura yang sedang kebetulan menjamu selera tersedak apabila mendengar Lidya yang sedang membentak. Segera dia mencapai air lalu meneguknya. Uik, bila masa dia pulang? Tak ada bunyi pun?
“ Kenapa kau ni?” soal Safura setelah batuknya reda. Gelas yang dipegangnya diletakkan ke atas meja.
Lidya menoleh sekilas sambil dia memeluk tubuh. Peristiwa sebentar tadi masih lagi berlegar- legar di mindanya. Isy, geram betul! Dia ingat dia tu siapa?
“ Tengah marah,” jawab Lidya, geram.
Safura menolak pinggannya ke tepi setelah dia menghabiskan sisa baki makanannya. Dia segera bangkit menghampiri Lidya sedang duduk bersila di sofa. Mujurlah dia menggunakan sudu dan garfu untuk makan tadi, jadi tidak perlulah dia bersusah payah ke sinki untuk mencuci tangan.
“ Tadi bukan main happy lagi masa keluar rumah, ni balik terjerit- jerit. Ada apa ni?” soal Safura sambil menghenyakkan punggung di sebelah Lidya.
“ Mamat kerek tulah. Eiii, geram betul akulah.”
Safura menggaru kepalanya yang tidak gatal. Masih tidak dapat menangkap apakah punca Lidya menjadi monyok.
“ Siapa?”
Lidya terdiam sebentar. Perlahan- lahan dia melirik ke arah Safura lalu tersengih. Siapa ya? Manalah dia tahu nama pemuda itu. Dua kali bertembung tetapi mempunyai insiden yang buruk. Malang betul nasibnya bertemu dengan pemuda itu.
“ Ada jugak yang aku baling batu kat gigi ni. Orang tanya boleh pulak dia sengih- sengih.”
Lidya mencubit lengan Safura . Geram pula dia apabila Safura berkata sedemikian.
“ Sakitlah!”
“ Padan muka,” Lidya menjelirkan lidah.
Safura tergelak kecil. “ Hah, ceritalah siapa mamat yang buat kau macam ni?”
“ Tadi aku terjumpa satu mamat ni. Dari pakaian dia, macam anak orang kaya tapi perangai dia, nauuzubillah…” Lidya menggelengkan kepalanya.
“ Kenapa? Kenapa?” soal Safura tidak sabar. Melihatkan cara Lidya bercerita, ‘mamat’ yang diceritakan itu seakan teruk benar sikapnya.
“ Perangai dia macam kena kejar along tahu tak? Confirm bukan anak orang kaya! Entah- entah dia pinjam duit along lepas tu pakai duit tu untuk bergaya. Yang buat aku geram ni, dia buat hal kat tempat aku nak tukar baju. Nasib baiklah aku tak bukak apa-apa lagi, kalau dah terbuka? Tak ke naya tu?”
Bibir Safura sudah membulat mendengarkan cerita Lidya yang bersemangat bercerita.
“ Memang naya! Memang naya!” ujar Safura bersetuju, kepalanya terangguk-angguk.
“ Itulah. Dah tu, yang lagi haru dia cakap aku ni girlfriend dia!”
Safura melopong. Apa? Betul ke apa yang aku dengar ni?
“ Err.. pardon?”
“ Dia cakap aku ni girlfriend dia,” ulang Lidya.
Safura mengecilkan matanya sambil memandang Lidya yang sudah berkerut dahi.
“ Biar betul? Special ke apa?”
Speciallah. Lepas tu ada awek seksi macam marah kat dia. Isy, aku tak fahamlah cerita diorang ni. Yang aku tak suka ni, buat apalah nak libatkan aku sekali? Kang tak pasal- pasal aku kena serang oleh siapa- siapa nanti, siapa susah? Aku jugak,” ujar Lidya.
Safura tergelak besar mendengar cerita luahan hati Lidya.
“ Kau ni melebih- lebihlah Lidya. Takkanlah sampai macam tu sekali?”
“ Manalah tahu kan…”
“ Dahlah. Tak adanya sampai ke situ. Kau jangan nak prasan pulak. Kau ni, marah- marah jugak. Tapi perut tu dah isi belum? Kasihan pulak anak kat dalam perut tu,” ujar Safura sambil mengusap perut Lidya yang kempis itu.
Lidya yang mendengar kata- kata Safura menjengilkan matanya.
“ Anak? Bila masa aku ada anak ni?” soal Lidya sambil membaling bantal kecil ke arah Safura yang sudah tergelak- gelak.
“ Eh, adalah. Anak cacing!”
“ Kurang asamlah kau ni. Sampai hati kau cakap macam tu ekk? Mari sini, nak kena kau ni!” Lidya mengejar Safura yang sudah masuk ke dalam biliknya. Namun belum sempat dia memasuki ke dalam bilik Safura, Safura sudah terlebih dahulu mengunci pintu.
Cis, laju betul dia ni! Getus hati kecil Lidya.

*** ***
               RIFQI melangkah masuk ke dalam banglo mewah yang sudah dihuninya semenjak kecil lagi. Beg bimbitnya segera diberikan kepada pembantu rumah yang datang menyambut.
               “ Mama mana?” soal Rifqi sambil menoleh sekilas ke arah pembantu rumah itu. Dia menyandarkan tubuh setelah dia menghenyakkan punggungnya ke sofa.
               “ Err… ada, ada. Datin kat ruang makan dengan Dato’ ,” ujar pembantu rumah itu agak berhati- hati. Silap cakap, boleh dipecat pula dia nanti.
               Rifqi memicit dahinya. Kepenatan barangkali.
               “ Encik nak saya beritahu Datin dengan Dato ke yang encik dah balik?”
               “ Tak payahlah,” ujar Rifqi tanpa perasaan.
               Pembantu rumah itu menggigit bibir. Tidak tahu hendak berbuat apa. Ikutkan hatinya, ingin sahaja dia berlalu pergi tetapi mengenangkan kisah kawannya dipecat kerana tidak memenuhi keinginan Rifqi, dia membantutkan hasratnya. Selagi Rifqi belum menyuruhnya pergi, selagi itulah dia harus menunggu.
               “ Bawakan aku air.”
               Pembantu rumah itu tersentak daripada lamunannya. Terkocoh- kocoh dia menuju ke ruang dapur untuk menyiapkan pesanan Rifqi.
               Tiba- tiba telefon bimbit milik Rifqi berdering meminta diangkat.
               “ Hello, ya saya.”
               Keadaan menjadi hening seketika.
               “ Oh, esok ke? Baik, baik. Nanti saya akan datang.”
               Tit, butang merah ditekan.
Rifqi merenung telefon bimbit yang baru dibelinya itu. Tiba- tiba dia teringat  pula bagaimana Aleeya menarik lengannya sehingga menyebabkan telefon bimbitnya terjatuh. Yang paling malang, apabila telefon bimbit itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Mujurlah simcard dan kad memori masih baik lagi dan dia hanya perlu membeli telefon bimbit yang baru.
Huh, dia ingat dia tu siapa? Kalau bukan sebab nak jaga hubungan antara keluarga, dah lama aku campak ke laut! Bisik hati Rifqi, geram.
“ Encik, ini airnya. Err.. ada apa lagi ke?” soal pembantu rumah itu sambil meletakkan gelas yang berisi air sejuk itu ke atas meja.
Rifqi mencapai gelas itu sambil menggelengkan kepalanya. Masih memikirkan hal tadi. Huh, nasib baik ada perempuan tadi, kalau tak kantoi jugak dia dengan Aleeya nanti. Tak ke haru apabila pembohongannya terbongkar? Tapi percaya ke Aleeya?
Pembantu rumah itu segera beredar dari situ dan menyiapkan tugasnya yang tertunggak. Kalau boleh, dia memang tidak ingin bertemu dengan Rifqi. Pada mulanya dia memang suka dan terpikat dengan kekacakan Rifqi. Sangkanya Rifqi juga peramah seperti papanya, Dato Zikri tetapi ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Pemuda yang namanya Rifqi Adam itu seorang yang cerewet dan langsung tidak peramah.
Masih jelas kisah di mana kawannya yang juga pembantu rumah itu dipecat kerana tidak memenuhi keinginan Rifqi. Ketika itu Rifqi berusia 18 tahun.
*****
“ Mana semua orang ni?” bentak Rifqi.
“ Datin dan Dato ada jamuan kat villa Tan Sri Aziz, encik.”
“ Kakak dan abang?”
“ Diorang ikut sama.”
Rifqi mendengus.
“ Aku nak makan ni. Lapar,” ujar Rifqi sambil bangkit dari duduknya.
“ Err… tapi encik, makanan tak ada.”
“ Apa maksud kau makanan tak ada?” soal Rifqi geram. Sudahlah dia penat, perutnya tidak terisi sejak tengahari tadi. Sekarang tiada makanan pula?
“ Err.. makanan belum masak lagi.”
Perlahan- lahan Rifqi menoleh ke arah dan memberikan satu jelingan tajam kepada  pembantu rumah itu.
“ Habis aku nak makan apa ni? Angin? Pasir? Hah!”
Pembantu rumah itu menundukkan wajahnya. Tidak berani bertentang mata dengan Rifqi yang sudah kemerahan.
“ Kami tak tahupun encik akan pulang hari ni. Sebab selalunya encik akan pulang pada hujung minggu. Lagipun, kebetulan semuanya pergi ke jamuan Tan Sri, sebab tu kami tak masak apa-apa.”
Rifqi mendengus kasar.
“ Berani lagi ya kau nak lawan? Eh, kalaupun aku tak ada, kau kena masak jugak sebab banyak lagi yang nak makan tahu tak?” bentak Rifqi.
“ Tapi encik, macam tu dah kira membazir dan…” kata- kata pembantu rumah itu tidak sempat dihabiskannya apabila Rifqi memotong.
“ Kau boleh berambus dari rumah ni sekarang jugak!” Rifqi menuding jari ke arah pintu utama.
Pembantu rumah itu tergamam.
“ Encik?”
“ Now!” Rifqi meninggikan suara. Pantang betul dia sekiranya kata-katanya dilawan.
“ Rifqi! Apa yang dah terjadi ni? Sampai kat luar mama dengar suara Rifqi,” tiba- tiba muncul Datin Afrah dengan riak hairan.
Rifqi mengetap gigi. Malas hendak menjawab. Hatinya benar- benar sebal ketika itu.
“ Tu…Rifqi nak pecat dia. Rifqi tak nak dia kat rumah ni lagi!”
“ Rifqi, napa sampai macam tu sekali? Dia kan kerja kat sini,” tegur Dato’ Zikri. Tidak berapa menyenangi dengan sikap Rifqi.
Rifqi mencebik geram. Dia memeluk tubuhnya.
“ Rifqi tetap nak dia pergi dari sini. Rifqi tak suka dia ni!” ujar Rifqi sambil menuding jari ke arah pembantu rumah yang agak tergamam itu.
“ Dik, kau jangan nak mengada boleh tak? Orang tu dah baik- baik kerja kat sini, takkan kita nak halau dia pulak? Nanti dia nak pergi mana?” Rifa Mia, kakak Rifqi pula menegur. Dia menghampiri adiknya lalu duduk ke sofa.
“ Entah dia ni. Kalau buat keputusan tu fikir orang jugak dik, jangan nak fikir pasal kau je,” ujar Rizal Idris, abang Rifqi.
Rifqi mendengus geram apabila satupun tiada yang membelai dirinya.
“ Fine, kalau tak nak pecat dia. Rifqi yang akan pergi dari sini!” ujar Rifqi seraya melangkah pergi.
“ Rifqi, dah, dah. Jangan pergi. Mama akan pecat dia ni,” ujar Datin Afrah yang agak panik dengan kata- kata Rifqi sebentar tadi. Mana mungkin dia akan melepaskan anaknya demi seorang pembantu rumah yang tidak dikenalinya.
Rifa dan Rizal menggeleng kepala melihat Rifqi yang sudah tersenyum sinis.
“ Tapi ma, kasihan dia ni,” ujar Rizal.
“ Hmm… tak apalah. Nanti papa syorkan dia kat kawan papa,” ujar Dato’ Zikri. Dia melihat anak bongsunya, Rifqi. Spontan kepalanya tergeleng- geleng. Rifqi, Rifqi…
“ Pandai betul adik saiko mama,” bisik Rifa ke telinga Rizal.
Rizal mengeluh. “ Biasalah. Adik paling terror!” ujar Rizal, berbisik juga. Dia menunjukkan ibu jari, tanda bagus.


********
“ Rifqi dah balik?” soalan daripada Datin Afrah mematikan lamunan pembantu rumah tadi.
“ Err..dah. Dia tengah duduk kat ruang tamu,” sopan pembantu rumah itu menjawab.
Datin Afrah sekadar mengangguk dan menuju ke ruang tamu, mendapatkan anak bongsunya.
“ Eh, Rifqi sorang je?” soal Datin Afrah, pelik. Dia menghenyakkan punggungnya ke sofa, bersebelahan dengan sofa yang sedang diduduki oleh anaknya.
“ Mama ada nampak orang lain lagi ke?” soal Rifqi selamba.
Datin Afrah mengetap bibir. Geram dengan jawapan Rifqi. Budak ni, saja je nak kenakan aku ek.
“ Kan tadi dengan Ally,” ujar Datin Afrah.
Rifqi melirik tenang ke arah mamanya, kemudian menjongket bahu. Aleeya atau nama famousnya, Ally, arghhh… tak kisah! Malas nak sibuk hal dia!
Datin Afrah memukul Rifqi dengan majalah yang baru sahaja dicapainya sebentar tadi.
“ Bertuah punya anak. Kan mama dah pesan, jaga dia baik- baik.”
Rifqi menghela nafas.
“ Ma, tahulah dia nak jaga diri dia sendiri. Dia dah besarlah. Bukan budak kecik lagi,” ujar Rifqi sebelum dia meneguk air sejuknya.
Datin Afrah mengetap bibir. Majalah yang diselak- selak tadi diletakkan ke atas meja.
“ Mama nak Rifqi jaga hati Ally. Ally tu mama dah anggap macam anak mama sendiri tau,” ujar Datin Afrah.
“ Mama tak perlu nak sibuk pasal dialah,ma. Lagipun, anak mama dah banyak ni. Salah satu Rifqi,” ujar Rifqi sambil menunjukkan dirinya.
Datin Afrah sekadar menggelengkan kepalanya. Rifqi ni, tak pandai nak berubah.
“ Kenapa Ally tak ikut Rifqi?”
“ Entah. Dia ada hal kot,” bohong Rifqi. Gila nak bagitahu pasal tadi!
“ Dah tu Rifqi tak ikut dia?” soal Datin Afrah.
Rifqi mencemikkan wajahnya.
“ Euuuww…”
“ Isy, budak ni. Buatnya Ally tu kecik hati dengan kamu ni.”
Rifqi tersenyum sinis.
“ Baguslah tu. Kalau macam tu, mungkin dia takkan nak berkepit lagi dengan Rifqi kan?”
“ Ally tu kan bagus. Mama pelik napa Rifqi tak suka kat dia tu? Berebut- rebut yang nakkan dia tau tak?”
Rifqi mengeluh. Dah, mama dah mula balik! Ini yang aku tak suka ni. Nak suka dengan orang macam Ally tu? Tolonglah, simpang malaikat empat puluh empat. Mahunya berkepit 24 jam! Boleh gila dia nanti. Tambahan pula, gadis seperti Aleeya bukanlah cita rasanya.
“ Ma, nak buat macam mana kalau Rifqi tak suka dia? Perasaan ni mana boleh paksa- paksa ma.”
“ Yalah, tapi apa kata kalau Rifqi cuba dulu. Mungkin nanti hati Rifqi terbuka? Lagipun mama tengok Ally dah cukup sempurna dah untuk Rifqi. Dia cantik, pandai and up-to-date. Apa lagi yang Rifqi nak?”
Rifqi menggaru pipi. Kebosanan jelas terpancar di wajahnya.
“ Ma, kita bincang pasal ni lain kali je ek? Rifqi penat, nak rehat. Lagipun belum mandi ni,” ujar Rifqi sambil dari duduknya. Dia menghampiri Datin Afrah lalu mengucup pipi Datin Afrah sebelum dia menaiki anak- anak tangga, menuju ke biliknya.
Datin Afrah mengeluh berat. Betapa dia ingin bermenantukan Aleeya. Ah, tak apalah. Lain kali pujuk dia lagi, getus hatinya. Pandangannya terarah kepada Rifqi yang sedang menaiki anak tangga.

0 comments:

Post a Comment