Thursday, July 7, 2011

Selalu Cinta Bab 1




“ Kalau macam tu, saya try dulu baju ni ek?” soal Lidya sambil menunjukkan blaus kepada pekerja yang ditugaskan untuk menjaga di bahagian pakaian wanita.
“ Okay,” jawab pekerja itu sambil tersenyum.
Lidya membalas senyuman sebelum dia masuk ke dalam bilik persalinan. Blaus yang ingin dicuba itu digantung sementara dia menanggalkan pakaiannya. Namun belum sempat dia melakukannya, tiba- tiba muncul seorang pemuda yang sedang termengah- mengah.
“ Eh, apa ni?” soal Lidya ketakutan. Dia berundur beberapa tapak ke belakang. Manalah tahu kalau pemuda itu mempunyai niat yang buruk terhadapnya. Gila apa tiba- tiba masuk kat bilik ni?
Pemuda itu menoleh ke arah Lidya.Dia tersenyum kambing,  mengerti akan keadaan Lidya yang agak ketakutan dengan kehadirannya yang  tanpa disangka- sangka. Namun apakan daya, hanya tempat itu sahajalah tempat yang boleh dia bersembunyi.
“ Maaf cik tapi boleh tolong senyap tak? Sekejap je,” ujar pemuda itu agak gelisah. Kedua telapak tangannya dirapatkan.
Lidya ternganga mendengar kata- kata pemuda itu. Ciss, boleh pulak dia suruh aku senyap! Memang tak ada adab langsung. Tak belajar sivik ke hah? Mahu sahaja dilontarkan kata-kata itu tetapi suaranya bagaikan dikunci.
Pemuda itu pula kejap- kejap mengintip ke luar, entah apa dan siapalah yang diintip.
Kening Lidya bercantum melihat tingkahlaku pemuda asing yang meluru masuk ke dalam bilik itu. Dahlah main masuk tak bagi salam. Kurang sopan pulak tu! Nasib baik aku belum buka baju lagi. Kalau tak, seronoklah dia, cetttt !!
“ Kenapa awak masuk kat sini? Tak ada tempat lain ke?” soal Lidya yang masih kurang puas hati.
Pemuda itu mendengus sebelum mengerling Lidya. Isy minah ni, tak boleh diam ke? Bisik hati pemuda itu. Sekali lagi dia mengintai ke luar tanpa menjawab soalan Lidya.
“ Saya tanya awak ni. Kenapa tak pandai nak jawab hah? Entah- entah awak ni menyorok daripada along tak?” soal Lidya serkap jarang.
Pemuda itu mencemikkan wajahnya lalu menoleh memandang Lidya. Terasa Lidya kecil di dalam matanya. Ikut sedap dia aje!
“ Hello cik, agak- agaklah. Buat apalah saya ni nak pinjam along pulak? Banyak lagi kerja yang saya boleh buat tau tak?”
Lidya terkesima sebentar. Kasarnya!
“ Banyak kerja? Habis ni apa? Terhendap- hendap macam orang tak betul je.”
“ Suka hatilah. None of your business!” balas pemuda itu agak kasar. Mungkin sedikit geram kerana Lidya tidak pandai ‘menutup’ mulutnya.
“ Encik, ini ada kaitan dengan saya jugak tau. Kehadiran awak kat sini dah mengganggu privasi saya, faham?”
“ Saya tak nampak apa- apa pun yang mengganggu,” ujar pemuda itu selamba.
Lidya mengetap bibir. Okay Lidya, sabar! Orang macam ni kena cakap baik- baik, baru dia akan jawab. Lidya menarik nafas dalam- dalam sebelum dia menghembuskannya.
“ Kenapa awak ada kat sini hah?” soal Lidya.
Belum sempat pemuda itu membalas kata- katanya, kedengaran suara seorang perempuan. Pemuda itu pantas sahaja menutup mulut Lidya dengan tangannya.
Lidya yang tidak bersedia itu pastilah terperanjat dengan tindakan drastik itu. Sedaya upaya dia mengalihkan tangan pemuda itu, tetapi ternyata sia- sia kerana tenaga pemuda itu jauh lebih kuat daripadanya.
“ Are you sure yang dia tak masuk sini?”
“ Positive miss.”
“ Okay then. Tapi kalau you nampak dia, call i.”
“ Err.. okay miss.”
Pemuda itu perlahan- lahan mengalihkan tangannya dari wajah Lidya setelah dia pasti tidak ada lagi suara- suara yang kedengaran, dan kembali mengintai ke luar. Satu keluhan keluar dari bibir pemuda itu.
“ Nasib baik.”
“ Gila ke apa awak ni? Kalau saya tak dapat nak bernafas tadi macam mana? Boleh mati tahu tak?” sergah Lidya. Hatinya betul- betul sakit dengan pemuda ini. Terasa ingin mencekik leher pemuda itu, biar tahu rasa!
“ Tapi awak masih hidup kan?” soal pemuda itu agak sinis. Dia membuka daun pintu dan segera beredar dari situ tanpa mempedulikan Lidya.
Lidya mendengus geram. Hari yang sepatutnya menggembirakan dia hari ini bertukar menjadi hari yang buruk buat dirinya. Kacau mood orang betullah mamat kerek ni!
Blaus yang tergantung segera dicapai. Hisy, hilang mood aku nak beli baju ni tau!

***
Akhirnya dia bebas! Bebas daripada perempuan itu! Perempuan yang bernama Aleeya. Rimas betul asyik diekori ke mana- mana. Langsung dia tidak boleh bersendirian. Pantang dia melangkah pergi dari rumah, pasti perempuan itu akan menawarkan diri untuk menemani. Walhal dia ingin bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapapun.
“ Syukur, aku dah dapat lari daripada perempuan gila tu!” ujar Rifqi sambil dia tersenyum. Dia memandang keadaan sekelilingnya. Hatinya betul- betul berbunga kini tetapi bunga- bunga yang baru mula memekar berubah menjadi layu apabila dia terdengar namanya dipanggil.
“ Rifqi! Oh my god, there you are! I dah cari you kat mana- mana.”
Rifqi terdiam. Alamak, mampus aku! Inilah padahnya mengumpat dia ni, bisik hati kecil Rifqi. Dia melangkah laju, berpura- pura tidak mendengar.
“ Rifqi! Rifqi! Hey,” kedengaran namanya dilaungkan tetapi Rifqi tetap buat muka selamba.
Langkah Rifqi semakin laju meninggalkan Aleeya. Kalau boleh dia tidak ingin bersemuka dengan gadis itu. Melihat wajah itu akan membuatkan dia sakit dan meluat! Telefon bimbit di kocek seluar pantas dikeluarkan.
“ Hello, ambil saya kat luar sekarang jugak!” ujar Rifqi setelah panggilannya disambut.
“ Rifqi!”
Rifqi terperanjat apabila lengannya direntap kasar, menyebabkan telefon bimbitnya tercampak jatuh ke lantai.
“ What the…” merah padam wajah Rifqi menahan marah.
“ Oh no, I’m so sorry Rifqi. I tak sengaja nak buat macam tu. I…” kata- kata gadis itu terhenti apabila Rifqi menjeling tajam ke arahnya.
“ You tak bosan ke asyik ikut I je? Sejak I balik Malaysia ni, I langsung tak ada privasi tau tak?” bentak Rifqi. Dia sudah tidak peduli kalau ada orang yang akan menonton adegan yang sedang ‘dilakonkan’ oleh mereka, yang penting dia dapat meluahkan perasaannya .
Riak wajah gadis itu jelas ketara berubah, Rifqi perasan tetapi rasa amarah mengatasi rasa kasihan terhadap gadis itu. Dia tidak boleh berlembut lagi. Kalau tidak, hidupnya tidak akan ada kebebasan.
“ Tapi I cuma nak…”
“ Okay. I get it. You nak temankan I tapi takkanlah sampai tiap- tiap hari, berjam- jam? Itu dah melampau!”
Gadis itu mengetap bibir sambil memeluk tubuh. Merajuk mungkin.
Rifqi mengeluh. Kepalanya yang tidak gatal digaru.
“ I nak you berhenti daripada ikut I terus. I rimas sangat,” ujar Rifqi sedikit lembut. Tidak kasar seperti.
Gadis itu menoleh.
“ Tapi kenapa? I nak selalu kat samping you. Lagipun, you belum lagi ada yang special kan?”
“ Siapa cakap?” soal Rifqi spontan.
“ You.. you.. you dah ada ke?” soal gadis itu.
“ Kalau ada kenapa?”
“ You janganlah nak bergurau. You dah ada ke belum ni?” bentak gadis itu, kurang sabar.
Rifqi mengerutkan dahi. Eh eh, emosi pulak perempuan ni. Suka hati akulah nak ada ke tak, bukan hidup dia pun, getus hati Rifqi.
“ Aleeya, kalau I cakap ada, you akan berhenti daripada ganggu I ke?” soal Rifqi bermain tarik tali. Seronok pula dia melihat riak wajah gadis di hadapannya itu. Perghh, kejam!
Gadis yang dipanggil Aleeya itu menggigit bibir. Dia memandang wajah Rifqi yang selamba.
“ Mungkin…”
“ Kalau macam tu jawapan I ada!” ujar Rifqi laju. Betapa gembiranya dia jika Aleeya akan berhenti mengganggu dirinya. Selepas ini, bolehlah dia ke mana- mana tanpa ada yang mengekorinya lagi. Aktiviti yang tertunda pun mungkin boleh dilaksanakan nanti.
Aleeya melopong dengan jawapan Rifqi. Dia menggeleng- geleng.
“ No! No! It can’t be true. You tipu kan?”
Rifqi tergelak sinis.
“ Buat apa I nak tipu?” soalan Aleeya dibalas dengan soalan. Hmm, padahal memang dia menipu pun. Tak apa, tipu sunat. Err… tapi ada ke tipu sunat?
“ Okay. Kalau you tak tipu I, panggil dia datang sini. I nak jumpa!” ujar Aleeya tegas. Satu senyuman sinis terukir di bibirnya. Kalau betul Rifqi ada teman wanita, pasti dia akan panggil tak kiralah sibuk atau tidak untuk membuktikan yang dia bercakap benar.
“ Dia sibuk!”
“ Fine. Macam tu kita yang pergi jumpa dia.”
Kali ini Rifqi pula yang melopong besar. Memang habislah aku! Aku nak bawak dia jumpa siapa? Rifqi mengetap bibirnya.
“ Kenapa? Takut? Takut penipuan you akan terbongkar?” soal Aleeya melihatkan Rifqi yang teragak- agak.
“ Off course not.”
“ So jomlah jumpa dia!”
Pandangan Rifqi meliar- liar ke arah lain sementara otaknya ligat memikirkan sesuatu. Tiba- tiba pandangannya terhenti ke satu arah di mana satu susuk tubuh baru sahaja keluar dari kedai pakaian.
“ I rasa tak payah kot sebab dia ada kat sini. You tunggu kejap,” ujar Rifqi seraya berlari mendapatkan gadis tadi. Entah mengapa dia merasa tertarik dengan penampilan gadis itu.
“ Wait!” Rifqi menarik lengan gadis itu.
* * *
LIDYA tersentap apabila lengannya ditarik. Mujur sahaja dia tidak terjatuh atau melatah kerana terperanjat. Segera sahaja dia menoleh untuk melihat orang yang menarik lengannya. Matanya membulat tatkala dia melihat wajah orang yang menarik lengannya.
“ Eh, apa ni? Lepaslah!” Lidya meronta- ronta.
“ Cik, tolong saya kejap,” ujar Rifqi sambil menarik Lidya menghampiri Aleeya yang sedang terpinga- pinga melihat lereka berdua.
“ Eh, awak nak buat apa ni? Saya cakap lepaslah!” Lidya menampar- nampar tangan Rifqi. Namun, Rifqi hanya buat bodoh.
“ Ini dia special girlfriend I. So, dah puas hati?”
Aleeya seolah- olah tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya. Dia melihat gadis di sebelah Rifqi dari atas ke bawah.
“ Perempuan kelas bawahan ni girlfriend you?” ujar Aleeya sinis sambil menuding jari ke arah Lidya.
Lidya ternganga apabila Rifqi berkata sedemikian dan lebih ternganga lagi apabila gadis seksi itu mengatakan dia perempuan kelas bawahan. Mahu sahaja ditampar- tampar mulut gadis yang tidak tahu adab itu. Huh, dua- dua sama aje. Tak tahu nak bersopan santun!
Kening Rifqi terjongket apabila Aleeya berkata sedemikian. Dia menoleh melihat gadis yang tidak diketahui namanya. Hmm, mungkin juga dia ni kelas bawahan but who cares? Asalkan masalah dia yang satu ni akan selesai. Lagipun selepas ini, dia tidak akan bertemu dengan gadis itu lagi.
“ Yup.”
“ Betul ke?” soal Aleeya sambil memandang Lidya.
Lidya tergamam sebentar. Baru sahaja dia ingin menggeleng, Rifqi sudah terlebih dahulu bersuara.
“ You tak payah nak tanya dia. Sekarang ni dia tengah simpan suara, sebab tak lama lagi dia akan jadi jurulatih untuk kawad.”
Lidya mengerutkan dahinya. Berkawad pun dia tidak pernah ikut, inikan menjadi jurulatih! Mamat ni memang dah gila agaknya. Ikut suka dia aje nak tentukan hidup orang.
Aleeya tergelak sinis. Perlahan- lahan dia menggelengkan kepalanya.
“ I pasti you takkan lama dengan dia,” ujar Aleeya sebelum dia pergi meninggalkan Rifqi dan Lidya yang terpinga- pinga. Entah mengapa. Sukar untuk dia percaya kalau gadis itu merupakan buah hati Rifqi. Tetapi kalau gadis itu bukan buah hati Rifqi, mengapa dia tidak bersuara?
Lidya merentap lengannya daripada genggaman Rifqi.
“ Lepaslah!”
“ Tak payah cakap pun saya akan lepaskan,” ujar Rifqi selamba.
Lidya menjeling tajam.
“ Eh, dah kira baik ya saya tak bocorkan apa- apa tadi. Awak ni memang tak pandai nak fikir perasaan orang lain ke? Suka hati je buat orang macam tu!”
Rifqi menyeluk saku sambil menundukkan sedikit wajahnya.
“ Buat apa?”
Lidya segera berundur setapak apabila wajah Rifqi menghampiri wajahnya.
“ Kita ni langsung tak kenal. Tapi awak sedap je cakap yang saya ni girlfriend awak,”  ujar Lidya sedikit gugup.
Rifqi menutup mulutnya apabila dia menguap. Bosan pula dia mendengar gadis itu membebel. Ceh, tak padan dengan muka, macam mak nenek!
“ Kalau dah tak ada apa- apa, pergi dulu. Bye,” ujar Rifqi sambil melangkah pergi. Tangannya dilambai- lambai dari belakang tanpa menoleh ke arah Lidya yang sudah kemerahan menahan geram.


Dah baca tu komenlah sikit! :)

1 comment:

  1. best nyer cter nie?? bleh order online tak??

    ReplyDelete